top of page
Search

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  • Writer: Siti Aiwa Binti Jailin .
    Siti Aiwa Binti Jailin .
  • Nov 21, 2019
  • 4 min read

· Sosiologi dan Pembelajaran


"Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842) dimana istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.

"Menurut pandangan Vander Zanden 1996, kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Seterusnya, kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995). Selanjutnya, kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993). Akhir sekali, bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994)."

"Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006) Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia."

"Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia."

Oleh itu, SOSIOLOGI ialah:

Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. (Amir Hasan, 2002)

Sudut = budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya)

Masyarakat = saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial

Sistematik dan saintifik = penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.

“Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.”


· PERSPEKTIF SOSIOLOGI

Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial. Ini kerana, tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.

Ia meliputi dua bidang:

· Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu.

· Makro sosiologi bersifat besar dan corak organisasi dan kompleks seperti peperangan, pengangguran

· Misalnya, masalah penagihan dadah adalah masalah individu (mikro) tetapi boleh menyebabkan masalah kecurian dalam masyarakat (makro).

Definisi Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian.


· TEORI UTAMA SOSIOLOGI

Teori Fungsionalisme - Auguste Comte (1798-1857)

Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat

Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]

Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat

Teori Konflik - Karl Marx (1818-1883)

Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat

Berlaku konflik dalam struktur masyarakat

Mengkritik kapitalisme

Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

Teori Interaksionisme Simbolik - George Herbert Mead (1863-1931)

Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat

Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif

Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia

KEPENTINGAN MEMAHAMI SIMBOLIK MENGIKUT KONTEKS PENGGUNAANNYA


7 Prinsip asas interaksionisme

1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir

2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial

3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.

4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi

5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi

6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.

7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat:

· Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya

· Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra

· Makna adalah sesuatu yang dirundingkan

· Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar

· Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


· PENDIDIKAN

Barat -John Dewey - satu proses perkembangan individu pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

Ilmuan Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.

Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspektif

Tidaklah mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap INDIVIDU, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.

Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).

Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat berbagai-bagai disiplin ilmu.

Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya.

Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi.


· Perspektif Psikologi Pendidikan

Akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik. Setiap individu mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.


KESIMPULAN

Sosiologi & Pendidikan melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.



 
 
 

Commentaires


0162366657

©2019 by Pengurusan Pembelajaran. Proudly created with Wix.com

bottom of page