top of page
Search

BAB 3 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

  • Writer: Siti Aiwa Binti Jailin .
    Siti Aiwa Binti Jailin .
  • Nov 21, 2019
  • 2 min read

DEFINISI PENGURUSAN

· Aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti.

· Proses merancang, mengelola, mempin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan

· Proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat


PENGURUSAN PEMBELAJARAN DARI PELBAGAI ASPEK

· Tradisional

· Moden

· Barat

· Islam

· Cina

· India

· Pembelajaran sepanjang hayat


PENGURUSAN SEKOLAH

· Sekolah – organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana- mana organisasi di dunia. Oleh itu ia memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

· Pengurusan organisasi – perlu kreatif inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah yang dinamis (pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia)

· Namun, menurut senge (2000) – sekolah merupakan institusi yang lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa.


SEKOLAH

· Sistem dan sekolah – organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya – manusia. Sumber – manusia. Matlamatnya berkait – manusia.

· Kumpulan sasaran manusia – kanak-kanak dan remaja (dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan social.

· Matlamat utama sekolah ialah pendidikan – berkaitan dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.

· Manusia – modal insan atau asset utama sesebuah Negara.


MATLAMAT PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN

Didik (educere) – ilmu, berterusan

Latih (educare) – kemahiran, terbatas

· Pendidikan adalah sistem – merupakan satu sistem perkembangan intelektual, jasmani kerohanian dan emosi.

· Pendidikan ialah proses – proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesame manusia. Ia. juga proses untuk mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat.

· Pendidikan ialah penambahan ilmu – Untuk menghampirkan diri dengan kesempurnaan fitrah dan memahami daya usaha yang terdapat pada bakat dan watak seseorang.

· Pendidikan ialah mendidik – iaitu memimpin keluar, melalui tunjuk ajar, latihan dan indoktrinasi.


KONSEP DAN PENGERTIAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

TARBIAH – mengasuh/memelihara/ membaiki

TA’DIB – mendidik/membentuk adab & akhlak

TA’LIM – pengajaran

“dalam islam tarbiah, ta’dib dan ta’lim bergabung untuk melahirkan insan terdidik” ;

1. Berilmu

2. Mempunyai kesedaran

3. Menghayati

4. Menginsafi

5. Beramal


PRINSIP PENGAJARAN


1. MERANCANG: Pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan

· Set induksi : aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian

· Penyampaian: apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, atas pencapaian.

· Penutup : mengukuhkan isi, penilaian, merumus


2. KEPELBAGAIAN TEKNIK

· Kreativiti

· Mengekalkan tumpuan pelajar

· Unsur kepelbagaian

· Ambil kira; (faktor masa, jumlah murid, bahan dan kesukaran, dll)


3. PENGLIBATAN PELAJAR

· Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif

· Semua terlibat

· Interaksi membina

· Cth: menyoal , pendapat dll


4. AMBIL KIRA PERBEZAAN INDIVIDU

· Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat yang berbeza

· Langkah; guru perlu sentiasa peka kepada reaksi pelajar, guru perlu sentiasa munasahabah sepanjang proses mengajar.


5. PENGALAMAN SEDIA

· Kaitkan p&p dengan pengalaman sedia pelajar


6. MERANGSANG PEMIKIRAN

· Melalui soalan ; cabar minda, ramalan, fikir bersama


PRINSIP PEMBELAJARAN

· Latihan – murid dapat mengaplikasi yang dipelajari dan mengukuhkan pengetahuan

· Kondusif – suasana pembelajaran; emosi, rohani, minda dan fizikal

· Bermatlamat – pengajaran mempunyai objektif yang jelas

· Penglibatan aktif murid – pelajar terlibat aktif dalam p&p

· Persediaan awal – persediaan guru sebelum memulakan kelas dari segi bahan mengajar dan latar belakang murid

· Mengkaji murid – menganalisis potensi seorang pelajar

· Unsur dorongan – suasana pembelajaran yang membina


KESIMPULAN

Pengurusan pembelajaran merupakan satu usaha guru yang melibatkan perancangan yang teliti bagi memudahkannya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.



 
 
 

Comments


0162366657

©2019 by Pengurusan Pembelajaran. Proudly created with Wix.com

bottom of page