BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
- Siti Aiwa Binti Jailin .
- Nov 21, 2019
- 2 min read
Bab 8: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran
1) Unsur fizikal dalam bilik darjah:
Konsep bilik darjah
Dahulu: Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.
Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.
Sekarang: Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.
Jenis bilik darjah
- Bilik Darjah Tradisi
- Bilik Darjah KBSR Dan KBSM
- Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
- Bilik Darjah Terbuka
Penyusunan bilik darjah
Tempat Duduk Pelajar : Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar.
Meja guru : Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas.Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.
2) Interaksi dalam bilik darjah
Konsep interaksi
Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
Jenis interaksi bercorak lisan
Interaksi sehala atau tradisional
Interaksi dua hala antara guru dan murid
Interaksi dua hala antara murid dan murid
Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Faktor mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas
Susunan bilik darjah
Keadaan emosi bilik darjah
Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
Penggunaan kaedah kumpulan
Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
Guna alat bantu mengajar berteknologi
Sikap guru yang baik
3) Iklim bilik darjah
Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdPc yang berkesan.
Terbahagi kepada 3 :
a. Suasana Fizikal
b. Suasana Sosial
c. Suasana Emosi.
Gabungan daripada berbagai-bagai perkara
a. Suara Kelucuan Penggunaan
b. pujian Sikap & ekspektasi bilik darjah
c. Kemesraan Stail Kawalan Kepimpinan dan kaedah mengajar
Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Commentaires