BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
- Siti Aiwa Binti Jailin .
- Nov 21, 2019
- 3 min read
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
Perancangan perlu dilakukan untuk: - memenuhi masa yang diperuntukkan - menepati kehendak objektif/matlamat - berkesan sepanjang waktu pengajaran - menarik perhatian dan tidak membosankan
Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk:
a. Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : - memahami - mengetahui - menghargai sesuatu yang telah diajar
b. Objektif eksplisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti - menyenaraikan - menjelaskan - memberikan contoh - menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : 1.Rancangan Pelajaran Tahunan 2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan
Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah - Objektif pengajaran - Strategi pengajaran yang sesuai - Bahan bantu pengajaran - Maklum balas pelajar - Penilaian
Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti - buku teks - buku rujukan - buku latihan - lampiran nota - Alat audio visual - LCD - komputer/ TV - peta / gambarajah
Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran
Proses P&P Perlaksanaan P&P Set Induksi - Langkah permulaan dalam proses P&P - Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar - Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi Perkembangan P&P - Penyampaian isi pelajaran -Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal - Penggabungjalinan - Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan - Pemulihan &Penilaian - Hasil pembelajaran murid Penutup Aktiviti yang dijalankan seperti : 1) susulan 2)penilaian objektif pengajaran 3)membuat kesimpulan 4)rumusan
Pengurusan Kelas Tanggungjawab guru menguruskan kelas Guru bertanggungjawab : - menguruskan rutin kelas - menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar - menyedia dan melaksanakan rutin kelas - mengutip yuran - memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini - menjalankan tugas-tugas lain - mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian - mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan kelas - mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P
Persediaan sebelum mengajar a) Penulisan persediaan mengajar b) Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar c) Persediaan bahan pengajaran d) Persediaan peralatan pengajaran e) Persediaan ruang pengajaran f) Persediaan kemahiran dalam pengajaran
Penyeliaan pengajaran amali
1. Pengenalan 2. Tunjuk cara oleh guru 3. Agihan kerja pelajar 4. Penyeliaan aktiviti amali 5. Penilaian/ refleksi aktiviti amali 6. Pembersihan makmal 7. Penutup
Program Perantis Guru 1 & 2
Konsep
-Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
-Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
-Pendedahan awal
Objektif
Program ini memberi peluang kepada guru:
- Menyesuaikan diri
- Meninjau persekitaran
- Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
- Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
- Merekod pengalaman melalui folio
- Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan
Bidang tumpuan tugasan PPG
¨ Pengurusan
¨ Prasarana
¨ Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
¨ Ko-Kurikulum
Peranan & tanggungjawab guru pelatih
—Hadir taklimat
—Faham objektif
—Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
—Mengamalkan etika
—Membantu guru dalam kokurikulum
—Mengumpul maklum balas
—Menyediakan folio PPG
—Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
—Perbelanjaan tanggungan sendiri
—PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P
Garis panduan,Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah
—Bekerjasama dengan pihak UPSI
—Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
—Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
—Membantu mengumpul maklumat sekolah
—Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru
berpengalaman berlangsung
—Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
—Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
—Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI
Peranan dan tanggungjawab guru pendamping
¨Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan
¨Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa
¨Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan
Peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan
¨Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG
¨Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan
¨Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan
¨Membuat rumusan
¨Membuat lawatan jika perlu
¨Menyimpan rekod penilaian PPG
Kehadiran dalam PPG
¨Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga
¨Sekiranya guru pelatih tidak memenuhi 100%, guru pelatih harus menghabiskan tempoh PPG sebelum Latihan Mengajar
¨Guru pelatih yang mempunyai masalah kesihatan disarankan supaya menangguhkan PPG. Risiko adalah tanggungan sendiri
Comments