BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
- Siti Aiwa Binti Jailin .
- Nov 21, 2019
- 3 min read
APA ITU PELBAGAI UPAYA?
Kepelbagaian = Pelbagai Jenis
Upaya = Kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.
→Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.
→Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
APA ITU PEMULIHAN?
Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KONSEP Pemulihan?
Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanyaMelalui program khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.
CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN?
Rendah diri
Pasif
Cepat bosan
Malas
Lemah pemahaman
Kerap tidak hadir ke sekolah
Mengganggu rakan
PERANAN GURU?
Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
APA ITU PENGGAYAAN?
Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.Ianya amat berlainan daripada pembelajaran kemahiran asas, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang dipelajari.Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatarMelibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
OBJEKTIF PENGGAYAAN?
Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
JENIS-JENIS PENGGAYAAN?
Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
Pengayaan menegak adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
APA ITU BERKEPERLUAN KHAS?
Pelajar bermasalah pembelajaran
- kesulitan dalam akademik
- ketidakaturan dalam bahasa dan penuturan
- kesulitan dalam proses pemikiran
Pelajar pintar cergas
- Murid yang dikenalpasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal berbanding murid yang sebaya.
CIRI-CIRI PINTAR CERDAS?
- Perbendaharaan kata yang lebih luas.
- Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah.
- Keistimewaan dalam matematik.
- Mencari kesempurnaan kendiri.
- Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah.
- Petah berkomunikasi.
APA ITU PELBAGAI KECERDASAN?
Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
JENIS-JENIS PELBAGAI KECERDASAN?
- Kecerdasan logik-matematik
- Kecerdasan verbal-linguistik
- Kecerdasan Muzik
- Kecerdasan Kinestetik Badan
- Kecerdasan Interpersonal
- Kecerdasan Intrapersonal
- Kecerdasan Ruang Visual
- Kecerdasan Naturalis
- Kecerdasan Eksistensialis
Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
Comentários