top of page
Search

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

  • Writer: Siti Aiwa Binti Jailin .
    Siti Aiwa Binti Jailin .
  • Nov 21, 2019
  • 2 min read

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT?

Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.


BENTUK JALINAN 3 DIMENSI INTERAKSI SEKOLAH


FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH

Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.


Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.


HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH

Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.


PERKONGSIAN PINTAR

Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:

mencapai matlamat atau objektif yang samagabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.

MATLAMAT PERKONGSIAN

Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.


KEPENTINGAN PERKONGSIAN

Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukanSekolah sebagai agen perubahan masyarakatMasalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Budaya adalah hak masyarakat.

HUBUNGAN SEKOLAH & IBUBAPA (PIBG)

Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas).Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.Sebarang perbezaan dari segi pandangan dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.

Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia.

 
 
 

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

0162366657

©2019 by Pengurusan Pembelajaran. Proudly created with Wix.com

bottom of page