top of page
Search

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

  • Writer: Siti Aiwa Binti Jailin .
    Siti Aiwa Binti Jailin .
  • Nov 21, 2019
  • 4 min read

DEFINISI

Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).

Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).


PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

➧KEDUDUKAN MEJA PELAJAR

meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.

Penyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

➧ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

➧PAPAN KENYATAAN

Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.

Setiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.

Guru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.


KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KONSEP KOMUNIKASI

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi:

(a) Komunikasi lisan

(b) Komunikasi bukan lisan.


Pola Interaksi dalam Bilik Darjah

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah

Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:

1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.

2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau

murid dengan murid

3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan

murid dan murid dengan guru.

Kepentingan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.

Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.

Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.

Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan.

Halangan dan Gangguan Komunikasi dalam Pengajaran & Pembelajaran

Suasana kelas yang bising.

Guru yang kurang berpengalaman.

Kepimpinan guru yang autokratik.

Bilangan murind yang terlalu ramai.

Langkah-langkah untuk mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah

1. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik

2. Elak kriyik dan melabel murid-murid

3. Guru sebagai Role Model

4. Gaya kepimpinan DEMOKRATIK

Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Dalam Bilik Darjah

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan proses P&P.Merangkumi rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bahan bantu belajar yang akan digunakan, strategi atau kaedah yang hendak diaplikasikan, isi pelajaran yang sesuai dengan masa.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)


Pengurusan Disiplin dalam Bilik Darjah

Definisi

Disiplin dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran

Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib

Menurut Oliva (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur.


Tujuan

Untuk melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan-peraturan yang diterima umum


Punca Disiplin

Kebosanan - guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.

Pengurusan lemah – penyediaan guru yang lemah seperti bahan bantu visual guru yang bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat bantu, terlalu banyak halangan yang menganggu kelancaran pelajaran.

Tahap kesukaran – pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu sukar, kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa terlalu

Keliru – pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan menerangkan apa yang diinginkan daripada pelajar

Keyakinan – harga kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri.


Jenis-Jenis Disiplin

(a) Disiplin antara Guru

Bertanggungjawab menentukan peraturan-peraturAn bilik darjah dan memastikan pelajar patuhi

Melalui disiplin antara guru, guru punyai kuasa mutlak atas kawalan, arahan,pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan yang ditetapkan

(b) Disiplin arahan kerja

Diwujudkan apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan

mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri

(c) Disiplin Arahan Kumpulan

disiplin yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa interaksi antara rakan

guru perlu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan disemai dalam ahli kumpulan

(d) Disiplin Arahan Diri

Yang melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan

Biasanya wujud secara tidak sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara rasional

Boleh juga dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi dan kerjasama

 
 
 

Kommentare


0162366657

©2019 by Pengurusan Pembelajaran. Proudly created with Wix.com

bottom of page