top of page
Search

BAB 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN DI SEKOLAH

  • Writer: Siti Aiwa Binti Jailin .
    Siti Aiwa Binti Jailin .
  • Nov 21, 2019
  • 5 min read

DEFINISI


KEPIMPINAN SEKOLAH

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.


ORGANISASI SEKOLAH

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.

Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.

Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.


ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

PENGETUA

· Pemimpin/Ketua

· Pengurus kurikulum dan kokurikulum

· Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan

· Pengurusan dalaman dan luaran

PENOLONG KANAN

· Mengajar

· Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum

· Bantu dalam pentadbiran harian

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

· Mengajar

· Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar

· Kemasukan dan pendaftaran pelajar

· Perhubungan awam tugas-tugas lain

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

· Mengajar

· Pengurusan kurikulum dan kokurikulum

· Perhubungan awam

· Pentadbiran harian

· Tugas-tugas lain

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

· Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling

· Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan

· Membuat rancangan tahunan sekolah

GURU KELAS

· Buku daftar kedatangan

· Pengurusan yuran khas

· Perkara-perkara akademik

· Bantuan kewangan

· Biasiswa

· Tugas-tugas lain

GURU

· Mengajar

· Membuat perancangan P&P

· Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid

· Mentadbir dan mengurus bilik darjah

· Tugas-tugas lain

MURID

· Mematuhi dan memahami peraturan sekolah

· Menjaga dan memelihara harta benda sekolah

· Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah

· Memahami susun lapis masyarakat di sekolah

· Menghormati lagu sekolah


⇗ 1. TEORI SIFAT

TEORI KEPIMPINAN ⇒ 2. TEORI TINGKAH LAKU

⇘ 3. TEORI KONTINGENSI


1. TEORI SIFAT

Penekanan kepada sifat/kualiti yg dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin

a. Bercita‐cita tinggi & bertenaga

b. Kemahuan untuk memimpin

c. Kejujuran & integriti

d. Keyakinan diri yang tinggi

e. Tahap kemantapan yang tinggi

f. Pengetahuan luas dalam tugas yang dilakukan

g. Tidak pedulikan keperluan pengikut

h. Gagal menjelaskan kepentingan pelbagai sifat relatif

i. Tidak mampu memisahkan antara sebab & penyebab

j. Membelakangkan faktor/peluang keemasan


2. TEORI TINGKAH LAKU

Ada dua kategori:

Berorientasikan tugas

· Memberi tugas/arahan tertentu kpd subordinate

· Harapan adalah subordinate tekun & berprestasi

· Penekanan kpd ‘deadlines’ utk siapkan kerja

· Autokratik

· Bergantung kuasa kedudukan

· Piawai yang ketat

· Kawalan yang ketat

Berorientasikan pekerja

Wujudkan hubungan pemimpin – pekerja

· Yakin meyakini

· Hormat & menghargai sumbangan pekerja

· Membantu masalah

· Memberi galakkan

· Hubungan mesra

· Memberi peluang pekerja membuat keputusan


3.TEORI KONTINGENSI

· Mengambil kira faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.

· Situasi tahap struktur tugas yang dijalankan.

· Situasi kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.

· Situasi kedudukan kekuasaan.

· Situasi kejelasanan pesanan/arahan kerja.

· Situasi norma kumpulan.

· Situasi kesediaan maklumat.

· Situasi penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.

· Situasi kematangan pengikut.


Tiga (3) model teori kontingensi

a. Model Kontingensi Fiedler

b. Model Situasi Hersey‐Blanchard

c. Model Teori Laluan‐Matlamat/Ganjaran (Evans & House)


KEPIMPINAN GURU

-Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar.

-Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.

-Haris & Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru

Peranan & tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang lingkup bilik darjah

-Kerjasama - Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak dituju


KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU

Katzenmeyer & Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:

1. Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran

2. Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah

3. Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.


KOMPETEN KEPIMPINAN GURU

· Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini

· Cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum

· Mengamalkan budaya beretika

· Memiliki budaya jati

· Mahir berkomunikasi dengan berkesan

· Produktif


KEPIMPINAN GURU MASA KINI

· Penjana budaya sekolah

· Kepimpinan pelbagai kebolehan

· Kepimpinan pengajaran

· Kepimpinan membuat keputusan

· Kepimpinan mengurus bilik darjah

· Kepimpinan pengupayaan

· Kepimpinan kerja dalam bilik darjah

· Memperkasa kecerdasan emosi

· Mengamalkan komunikasi berkesan


GAYA KEMPIMPINAN

Gaya kepimpinan menurut Thoha (1995: 37) pula ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya. Beliau juga mengertikan gaya kepimpinan sebagai perilaku pemimpin dalam mempengaruhi bawahannya iaitu kemampuan pemimpin untuk menyatakan sesuatu hal dengan gaya kepimpinan tertentu.

Gaya kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.

Ask behaviour – The extent to which leaders are likely to organize and define role of the members of their group (followers); to explain what activities each is to do and when, where, and how tasks are to be accomplished; characterized by endeavoring to established well-defined patterns of organization, channel of communications, and ways of getting jobs acomplished.

Relationship behaviour – The extent to which leaders are likely to maintain personal relationships between themselves and members of their group (followers) by openning up channel of communications, providing sosioemotional support, “psychological stokes”, and facilitating behaviors. (Hersey & Blanchard, 1993 : 129)


AUTOKRATIK

Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.


DEMOKRATIK

Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli


LAISSEZ-FAIRE

Kepimpinan bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi kebebasan kepada pekerja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. (Jaafar, Hizam dan Zafir, 2000)


KONTIGENSI

Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif.


ASERTIF

Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain. Mereka boleh menerangkan dengan jelas apa yang mereka ingini tanpa menyakitkan hati orang lain. Kepimpinan asertif mempunyai pendirian yang teguh dan tegas dalam membuat keputusan. Mampu mempertahankan hak-hak peribadi dan nilai-nilai yang kita tahu dengan kebenarannya.


RESPONSIF

Kepimpinan responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat tindakan. Kepimpinan responsif bermaksud dia sentiasa mendengar dan melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya. Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.


AGRESIF

Gaya kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. Golongan jenis ini selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain. Mereka akan menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk membuktikan dia bersalah.

 
 
 

Comments


0162366657

©2019 by Pengurusan Pembelajaran. Proudly created with Wix.com

bottom of page